Malaysia : Tong Taik UMNO: April 2012

Sunday, April 29, 2012

Kenapa BERSIH 3.0 Ganas ?


Ini benda mudah. Mari saya terangkan mengapa ia ganas:-
  • Pendendam BERSIH 2.0
    Pernahkah kerajaan atau pihak polis buat kaji selidik mengenai peserta himpunan BERSIH 2.0 yang tercedera, yang dipukul, yang kematian orang tersayang, ditahan anggota keluarganya dan yang dirampas barangan semasa BERSIH 2.0?

    Saya tak terkejut jika individu yang mengalami semua kejadian tersebut telah menjadikan BERSIH 3.0 sebagai tempat melunaskan dendam. Walaubagaimana pun, saya yakin ramai rakyat Malaysia bersikap pemaaf seperti saya. SKMM ambil komputer saya, ambillah. Saya boleh beli yang baru dengan duit dolar.

  • Peserta Upahan dari BN atau Polis Sendiri
    Ini taktik lama. Kerajaan kita memang terkenal dengan taktik ini. Memasukkan penyamar atau kuda trojan di dalam sesebuah organisasi atau kumpulan. Bahkan sewaktu 2-4 bulan sebelum saya diserbu, saya didatangi dengan penyamar yang pura-pura untuk beli arnab, pura-pura order sangkar burung, pura-pura nak baiki komputer dan pura-pura jadi kawan di Facebook, YouTube, Blogger dan GMail serta lain-lain.

    Kita lihat krisis rampasan kuasa yang telah melanda Perak Darul Ridzuan, adalah juga disebabkan kumpulan api dalam sekam atau duri dalam daging ini. Semuanya teknik samar-menyamar.

    Khabarnya dalam penjara ISA pun akan ada 2 jenis polis yang akan meracuni fikiran tahanan. Seorang polis bersifat positif dengan tahanan, manakala seorang lagi polis bersifat negatif. Tapi kedua-duanya bermatlamat yang sama atau mereka bersubahat.

  • Penganggur
    Usah main-main dengan kumpulan penganggur. Mereka bukan semuanya malas bekerja. Ada jenis penganggur yang baru pulang dari negara maju. Mereka penat bekerja di negara maju berbelas jam. Mereka memiliki wang besar dan menyampah dengan negara sendiri.

    Dicampur dengan penganggur setaraf Mat Rempit yang tak reti berbahasa Inggeris dan penuh emosi, sudah tentu himpunan seperti BERSIH 3.0 amat sesuai dengan jiwa mereka yang memberontak.

  • Penumpang Sekaki
    Tumpang sekaki atau tumpang sekole. Ini merupakan kumpulan yang baik pada asalnya. Akan tetapi kumpulan ini mampu 'naik sheikh' sekiranya bersama-sama kumpulan yang besar seperti BERSIH 3.0.

    Segala perasaan geram dan bengang akan dilepaskan dengan cara menumpang sekaki. Kalau nampak ada orang sedang dibelasah, dia akan sibuk masuk dan lepaskan sebiji penumbuk atau yang sewaktu dengannya.

  • Kekurangan Jumlah Golongan Bijak Pandai
    Bila sesebuah negara dipenuhi dengan kelompok bodoh yang menjadi jumlah majoriti sesebuah negara, maka tentulah negara tersebut akan mundur dan sering bergolak.

    Dalam kes Malaysia, pemimpinnya memang jelas bodoh jika nak dibandingkan dengan para pemimpin Singapura. Bukanlah Malaysia tak ada golongan bijak pandai, cuma mereka telah berhijrah ke luar negara untuk menikmati popcorn berperisa kari sambil menonton Al-Jazeera, CNN dan FOXnews yang selalu merakamkan berita rusuhan dan revolusi mana-mana negara dunia ketiga.

    Tonton video di bawah, lihat bagaimana sebuah kawasan dikuasai Ah Long. Ini baru kawasan. Kalau negara mungkin taukeh (tak tau taukeh apa, anda tekalah sendiri kalau anda ini dari golongan bijak pandai). Sebab tak ada golongan bijak pandailah jenayah makin berleluasa.

Dengan ini, saya tidak hairan mengapa ia menjadi ganas. Saya tak tolak bahawa BERSIH 3.0 ganas, kerana saya tahu punca-punca atau sebab al-musababnya.

p/s: Najib gagal mengawal isterinya. Apatah lagi nak jaga kroni dan negara.

Friday, April 27, 2012

Orang Marah

Semua orang tak suka bila kena marah. Dalam hidup ini kita boleh lihat benda yang selalu orang marah apabila:-

  • Orang sokong Barisan Nasional (BN)
    Orang yang akan marah penyokong Barisan Nasional ialah orang Pakatan Rakyat. Katanya, BN kuat makan rasuah dan merugikan negara. Serta salahguna kuasa dan berat sebelah dalam penggunaan media masa (media arus perdana).

  • Orang sokong Pakatan Rakyat (PR)
    Orang yang akan marah penyokong PR ini ialah orang BN. Kadang-kadang mereka malu nak mengaku mereka orang BN. Mereka tubuhkan parti baru seperti JATI dan PERKASA. Maka dituduhlah si Anwar Gay, Azmin jual isteri, Elizabeth Wong bogel, Ambiga sokong budaya gay dan lesbian, Tok Guru Nik Aziz jadi barua DAP dan DAP berfahaman komunis iaitulah anti Raja-raja Melayu.


Jika anda tidak mahu dimarahi, anda perlu berubah. Halakan sokongan anda pada pemimpin yang lebih maju dan tidak mampu dipertikaikan oleh penyokong BN dan PR.

Amnya, rakyat Malaysia suka akan kemajuan dan keamanan. Ayuh! Kita sokong pemerintah Singapura.

Tahukah anda? Baru sebuah pulau diberikan pada Lee Kuan Yew, ia telah berubah menjadi maju yang kini diterajui oleh anaknya Lee Hsien Loong.

Bayangkan jika kita serahkan satu Malaysia pada Lee Hsien Loong, tentu orang kampung sudah boleh memiliki iPhone dan naik MRT tanpa perlu beli kereta untuk masuk kampung.

Nilai matawang kita tentu akan meningkat tinggi, sekali gus menjadikan rakyat jelata selesa untuk berbelanja setiap hari.

Tak ada lagi rasuah atau salahguna kuasa di kalangan menteri dan kakitangan awam.

Jenayah akan berkurangan, tiadalah lagi kes seperti kes Altantuya yang telah mengheret imej pasukan polis PDRM ke standard air longkang.

Dan yang paling menarik sekali ialah tiada lagi suasana kotor di negara kita. Ia akan bersih seperti Singapura, sekali gus melambangkan keIslaman sebenar negara yang kononnya Islam ini.

Saya sudah muak dengan pemimpin Islam Melayu dan Mamak. Kita mesti tukar kepada pemimpin Cina yang maju dan adil lagi berkebajikan seperti Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Loong.

Friday, April 20, 2012

Kenapa UMNO Tolak Pendidikan Percuma


Orang yang menolak idea pendidikan percuma boleh saya ibaratkan seperti seorang yang otaknya disaluti tahi lembu. Otak adalah satu organ badan manusia, untuk berfikir dan jika disaluti dengan tahi yang keluar dari dubur lembu, tentulah ia otak itu lebih rendah martabatnya daripada otak lembu.


Isu hari ini, kenapa UMNO tolak pendidikan percuma? Mari gunakan akal logik:-

  1. UMNO-BN Telah Kekurangan Dana
    Semua orang tahu sikap pemimpin UMNO yang mementingkan diri sendiri. Ramai pemimpin BN yang masuk politik hanya untuk mengkayakan diri-sendiri dan kroni (taukeh-taukeh) serta keluarga. Duit yang mereka gunakan itu ialah duit rakyat. Sebab itu wang yang cukup, menjadi tak cukup.

  2. UMNO-BN Tak Mahu Manusia Cerdik
    Melantik manusia cerdik untuk mengepalai sesebuah organisasi merupakan perkara yang sangat ditakuti oleh pemimpin UMNO yang berIQ rendah. Sikap takut ini bukan sahaja ada dalam parti itu, malah juga di dalam kebanyakan syarikat di Malaysia. Pendidikan percuma akan hanya memperbanyakkan individu yang berfikiran kreatif (original/baru) dan kritis (mampu menilai). Manakala individu seperti Muhamad Razali samseng yang tak pandai Bahasa Inggeris yang juga dicucuk hidung oleh tukang hulur wang, akan pupus ditelan zaman. Samada anda sedar atau pun tidak, hari ini golongan cerdik pandai lebih ramai berada di sebelah Pakatan Rakyat. 

  3. UMNO-BN Diugut Taukeh
    Dalam menjamin tampuk pemerintahan mereka untuk tahun-tahun seterusnya, UMNO memerlukan dana untuk berkuasa. Setiap parti di dunia memiliki taukeh yang memberi mereka dana (duit). Umum tahu bahawa taukeh juga boleh datang dari taukeh universiti swasta. Pemimpin UMNO tidak kelihatan seperti individu yang menjuarai rakyat. Mereka lebih suka menidakkan hasrat rakyat dan mengiyakan taukeh. 

Thursday, April 19, 2012

PDF: KEEEMA' - APRIL 2012

Wednesday, April 18, 2012

Acronis True Image Home 2010 | Shared Folder Problem Win XP


There's a serious issue with the 2010 version of Acronis True Image Home. The computer which I'm dealing with could surf the net, but was unable to let other computers to access its shared folders. After I've done with some uninstallation of some programs, I ended up with Acronis True Image Home 2010. That software is the real culprit. Phew!


YOU'RE NOT ALONE

You can visit here, and see yourself that there are some people yapping about this stuff. 


SOLUTIONS

I've made an easy solution which is, the REG file that contained the DWORD value of IRPStackSize. DOWNLOAD. Just unzip the file and double-click it. Done.


OR


If you're a geek, then go ahead and play with the Regedit. 
  1. Go to HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\LanmanServer\Parameters
  2. Just modify the DWORD value called IRPStackSize. In case it doesn't exist, just create it. The value 15 (Hexadecimal). You can increase it by 3 (that would be 18) if 15 won't work. Restart your machine. 
  3. Done.

Tuesday, April 10, 2012

Looking For A Business Partner


I'm looking for a partner for my computer service business. I will be doing door-to-door or onsite computer related service in your country. The thing which I need, is the license for doing the business (because I want the business to be registered and running smoothly). Most of the time I will be spending my time outside at the client's site, repairing or solving their computer problems. This offer, I open to anybody who is a citizen of one of these countries. Such as:-
  • Australia
  • Austria
  • Belgium
  • Canada
  • Cyprus
  • Czech Republic
  • Denmark
  • Estonia
  • Finland
  • France
  • Germany
  • Greece
  • Hong Kong
  • Iceland
  • Ireland
  • Israel
  • Italy
  • Japan
  • Luxembourg
  • Malta
  • Netherlands
  • New Zealand
  • Norway
  • Portugal
  • San Marino
  • Singapore
  • Slovakia
  • Slovenia
  • South Korea
  • Spain
  • Sweden
  • Switzerland
  • Taiwan
  • United Kingdom
  • United States
We will move and run the business together. You can still continue your current job if you want. I can teach everything that I know to you. If you're interested in this offer, you can email me at hanief84 at gmail dot com.

Sunday, April 8, 2012

Amat Sial Menjadi Rakyat Malaysia


BATU PAHAT 7 April - Kerajaan akan menanggung kos sebanyak RM43 bilion jika pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya dimansuhkan seperti janji yang dibuat oleh pihak pembangkang jika mereka memerintah, ia akan menjadi beban kepada kerajaan. 

"Saya nak bagi tahu, PTPTN kalau dimansuhkan kerajaan akan menanggung kos RM43 bilion. Ada tiga sahaja kerajaan yang buat dan salah satu adalah Norway. 

"Tapi di Norway, kadar cukai yang dikenakan kepada rakyat pula sangat tinggi. Adakah kita nak naikkan cukai kepada rakyat untuk hapuskan pinjaman PTPTN? Sudah pasti kita tak mahu membebankan rakyat dengan menaikkan cukai," katanya semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat di sini hari ini. - Tanggung kos RM43 bilion
Saya tak percaya PM kita semuanya bodoh-bodoh belaka. Takkan mereka tak tahu apa itu pendidikan dan kesan pendidikan pada negara.

Saya lebih suka untuk melihat situasi hari ini dari segi ekonomi. Jika diteliti, semua cadangan pendidikan percuma ditolak dengan alasan duit tak cukup.

Siapa yang tak cukup duit ini sebenarnya? Rosmah ke? Mahathir ke? Syed Mokhtar ke? Vincent Tan ke?


Nampaknya negara kita yang tak ada duit.



Tapi bukankah negara kita ini, negara pengeluar minyak.


Kata PETRONAS, minyak kita dihantar ke luar negara untuk diproses sebab itu mahal. Jadi anggaplah negara kita tak mengeluarkan minyak.

Kata PETRONAS lagi, untung rugi dan apa jua keputusan adalah di bawah ketiak PM. Jadi, anggaplah PETRONAS bukan milik rakyat. Kepada rakyat semua, jangan nak sibuk-sibuk pertikaikan hal minyak. Kerana PETRONAS bukan milik rakyat.


Apa lagi yang negara kita keluarkan? Hasil sawit.

Malaysia dan Indonesia merupakan pengeluar 80% bekalan sawit sedunia.


Dalam Malaysia, ada 3 buah syarikat sawit terbesar:-
  1. Wilmar International (PPB Oil Palm Berhad)
  2. Sime Darby
  3. IOI Corp
Wilimar International merupakan syarikat milik Robert Kuok.

Sime Darby pula milik Tun Musa Hitam

IOI Corp, milik Tan Sri Lee Shin Cheng

Jelas di sini, semua pokok kelapa sawit yang dapat dilihat merata-rata di Malaysia itu bukan milik rakyat. Itu semua milik taukeh sawit.

Apa yang Malaysia ada? Pada saya, Malaysia tak ada apa-apa. Malaysia tak boleh maju sebab Malaysia tak ada sumber alam.

Malaysia bukan Costa Rica. Costa Rica ada hasil kopi. Costa Rica merupakan negara ke-13 terbesar dalam membekal hasil kopi ke seluruh dunia. Semua anak-anak di Costa Rica mendapat pendidikan percuma dari pendidikan rendah hinggalah ke universiti.

Mungkin Costa Rica juga agak kaya, kerana negara ini telah menghapuskan ketenteraannya sejak tahun 1948. Mungkin anda berminat untuk tahu apa lagi negara yang telah melaksanakan langkah anti-senjata ini.

Perbelanjaan ketenteraan Malaysia biasanya menelan jumlah puluhan bilion ringgit. Contohnya, pada tahun 2010. Kementerian pertahanan mendapat RM23 bilion.

Malaysia bukan New Zealand. New Zealand ada hasil tenusu dari lembu-lembu terbaik di ladang mereka. Semua anak-anak New Zealand yang asalnya datang dari generasi banduan British pada kurun ke-18 yang menjajah rakyat Māori, kini dapat pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah (walaupun tidak hingga ke peringkat universiti).

Mungkin orang New Zealand tak bela lembu dalam kondominium. Sebab itu penduduk mereka yang berjumlah 4 juta orang dapat pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga menengah.

Amat sial menjadi rakyat Malaysia pada abad ke-21 (2001-2100). Negara kita tiada sumber alam untuk dijamah rakyat jelata. Bukan itu sahaja, negara kita berada di ambang perang. Suasana pembelajaran tidak diwarnai dengan pendidikan percuma, tetapi disuruh berhutang dan kemudian disuruh bersedia untuk berperang. Mungkin sebab itu ramai yang telah terkorban sewaktu menjalani projek khidmat negara.

Sebagai penutup, saya bukan nak ajak kita hapuskan tentera, saya pun bukan nak ajak kita tanam kopi macam Costa Rica atau bela lembu macam New Zealand. Saya sebenarnya nak ulang sekali lagi bahawa kita memang amat sial menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita ada sumber alam, tapi bukan kita punya. Ia taukeh dan PM punya. Bukan anda punya!

Friday, April 6, 2012

Hobi Baru Saya | Kumpul Pokok Herba

Parsley
Misai kucing
Spearmint
Peppermint
Stevia
Ulam Raja
Kari

Thursday, April 5, 2012

Melayu Hampas

Betulkah orang Melayu cerdik ada di luar negara? Yang tinggal di dalam negara ini adalah majoriti Melayu hampas saja? Bagi saya, ya! 

Sebab itu, bila kita sebut agenda perubahan seperti pendidikan percuma. Ramai yang tolak dan tidak bersetuju. Katanya negara akan bankrap jika pendidikan percuma dilaksanakan.

Orang Melayu hampas ini, senang untuk diperbodohkan. Mereka mengaku diri mereka Islam. Masa zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu, pendidikan diberi percuma. Zaman para anbia' juga pendidikan diberikan percuma. Kalau empayar kerajaan Islam bankrap, tentu masyarakat Melayu masih menyembah Rama, Krishna, Surya dan lain-lain Tuhan Hindu. Pendidikan percuma telah menguatkan empayar kerajaan Islam sehingga agama Islam tersebar luas hingga ke Tanah Melayu.


Kalau masih tak faham atau tak nampak sikap Melayu hampas ini, silalah lihat hal minyak petrol. Kita ada RON95 dan RON97. Jika ikutkan kualiti, saya pilih RON97. Memang dari segi harga ia mahal. Tapi untuk Melayu hampas ini, mereka pilih RON95 kerana ia murah. Ia juga merupakan hadiah daripada Najib yang 1Malaysia itu. Nampak tak? Melayu hampas memilih petrol berkualiti hampas dan tidak protes kenaikan harga RON97. Sebab orang Melayu hampas berfikiran murahan, ikat perut, ala kadar dan sikap 'tak apalah'. Saya difahamkan oleh juruwang di stesen minyak, bahawa 80% pengunjung stesen minyaknya membeli minyak RON95.

Saya ke Singapura kerana saya mahu menjadi Melayu yang maju. Punya wang untuk menyara diri dan beli barang berkualiti.


Bukan duduk Malaysia untuk menyeksa diri dengan produk ciplak dari China dan produk second hand Jepun.


Untuk memahami sesebuah negara itu, adalah sangat mudah. Nak faham Malaysia? Lihat saja pada pemimpinnya. Tak mahukah anda lihat pada pemimpin anda? Wajarkah untuk kita lihat sebuah syarikat itu dengan hanya melihat bosnya? Pada saya wajar. Kerana pemimpin atau bos itulah yang memegang keputusan dan masadepan negara atau pun syarikat itu.



Kadang-kadang memang dah hakikat sesebuah negara itu memerlukan malapetaka yang lebih besar untuk mengajak masyarakat di dalamnya insaf dan pandang kepada agenda perubahan. Contohnya, Myanmar. Mungkin Myanmar sukar untuk diubah jika tak berlaku pembunuhan beramai-ramai hingga ada gambar yang memaparkan sami-sami Buddha mati bergelimpangan akibat ditembak tentera yang dipimpin oleh junta (ketua) tentera yang zalim. Hari ini Aung San Suu Kyi telah menang pilihanraya di Myanmar, apabila partinya memenangi 43 kerusi daripada 44 kerusi yang dipertandingkan. Manakala kita masih menghitung hari. Saya takkan terkejut kalau ekonomi Myanmar akan mendahului Malaysia dalam 5-7 tahun akan datang.


Malaysia bagi saya, merupakan sebuah negara yang hanya layak untuk diduduki oleh kroni atau pun kaki ampu kepada orang kaya. Jika anda orang miskin, bantuan akan sampai di waktu pilihanraya umum. Nah! Jika anda selesa begitu, bagaimana pula dengan rakyat kelas pertengahan? Siapa yang peduli dengan kelas yang bukan bawah dan bukan atas ini?

Saya rasa hanya Singapura yang peduli. Sebab itu saya ke Singapura. Negara ini menawarkan kerja kuli yang bergaji RM1,900 hingga RM3,300. Tempat tinggal percuma, makanan murah dan hanya perlu jalan kaki ke tempat kerja. Tak perlu pilih RON lama atau baru. MRT boleh bawa anda hingga ke Joo Koon atau hingga ke Changi dengan caj yang amat berpatutan.

Mungkin ada satu-dua Melayu hampas tadi, yang baru kahwin dah mula nampak apa yang tak kena dengan negara ini. Khususnya dalam hal kenaikan harga barang dan soal keselamatan. Takut anak kena culik untuk dirogol dan kemudian dibakar. Melayu hampas yang bujang-bujang yang lain masih gembira menghirup Teh Tarik atau ABC dan makan Roti Canai atau Nasi Ayam. Sangat selesa dan serba bersyukur.

Semua masalah disapu kemas ke bawah karpet. Inilah perumpamaan yang boleh kita beri di atas tindakan media yang suka memperbodohkan rakyat dengan memutarbelitkan isu semasa dan mensensasikan hiburan lebih daripada isu semasa.

Jangan merungut jika satu hari nanti, Melayu cerdik akan menguasai Melayu hampas ini melalui pembelian hartanah. Sebab nak masuk politik, sistem pilihanraya pun tak adil. Nak protes pun kena tangkap dan dicederakan. Akhirnya, jalan yang paling realistik bukan jalanraya, tetapi wang.

Mengakulah, bahawa polis kita boleh dibeli, ahli politik kita boleh dibeli, mahkamah kita boleh dibeli, sijil Halal JAKIM kita boleh dibeli dan lain-lain. Takkanlah hartanah tidak boleh dibeli juga?

Orang tua-tua kata, politik itu mesti ada tanah dan air. Sebab itu mereka panggil 'politik tanah air'. Kalau saya beli tanah-tanah Melayu hampas dari Singapura dengan duit dolar? Melayu hampas ini kita humbankan mereka ke dalam air. Tatkala itu polis FRU akan bantu kita untuk mengosongkan tanah Melayu hampas yang bakal dibeli itu.


Tuesday, April 3, 2012

D-LINK DNS-320 NAS


Cannot Detect Wireless Network | Windows XP

Solution: Remove the preferred network

Blog Archive