Malaysia : Tong Taik UMNO: May 2012

Friday, May 25, 2012

Kahwin Dua


Saya sebagai seorang lelaki hanya akan kahwin perempuan yang sanggup dimadukan. Ini syarat pertama. Kalau tak sanggup, jangan jadi isteri saya.

Saya sebagai manusia yang boleh berfikir dengan waras, nampak jelas akan masalah besar yang membelenggu manusia hari ini. Antara masalahnya:-

  • Pelacuran
    Pelacuran merupakan jalan keluar untuk kaum lelaki yang tak mampu untuk kahwin lebih daripada satu atau pun kaum lelaki yang tak mampu kahwin langsung.

    Ikut agama, pelacuran merupakan kerja terkutuk dan berdosa besar.

    Rumat urut  dan spa merupakan rumah pelacur di Malaysia. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara sekular, negara ini belum berani menghalalkan pelacuran seperti di Geylang, Singapura.

    Kerana itulah pelacuran beroperasi secara haram dan bertopengkan rumah urut atau spa di Malaysia ini.

    Bagi saya, pelacuran bukan jalan terbaik untuk memuaskan nafsu. Perempuan yang dikongsi ramai sudah tentu tidak seketat gadis yang masih dara yang juga bebas penyakit.

    Hasil bualan saya dengan orang yang pernah melanggan pelacur, setiap pelanggan wajib memakai kondom atau dihalau keluar bapa ayam daripada melanggan. Tujuan pemakaian kondom adalah untuk mengelakkan jangkitan penyakit (seperti AIDS) dan juga untuk mengelakkan pelacur hamil. Kes kondom bocor juga sering saya dengari. Ini membolehkan seseorang itu dapat penyakit dan sekali gus menghamilkan pelacur. HAHAHAHA!

    Pelacur yang telah dipancut sperma, perlu menelan pil pencegah kehamilan. Khabarnya juga, pil ini akan memberikan kesan jangka panjang pada si pelacur seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan seksual (pengeluaran air mazi, syahwat dan kesakitan lain), kanser payudara, angin ahmar, penyakit serangan jantung. Ikut logik, ia juga tentu memberi tekanan mental pada pelacur tersebut, kerana membunuh bakal bayinya sendiri.

    Walaupun bapa ayam melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap para pelacurnya, namun saya bukan orangnya yang bodoh untuk merisikokan diri. Ini seperti mencucuk thumbdrive anda pada komputer kafe siber. Entah apa lancau virus yang akan melekat nanti!

    Pada saya, buat apa nak susah-susah langgan pelacur? Banyak belanja (satu kali pancut RM50 ke atas, kalau Singapura S$50), bersama pelacur pun sementara. Anders Behring Breivik yang letupkan bangunan di Norway pun setakat langgan pelacur kelas atasan selama seminggu (€2,000 tau, ada duit?). Tak boleh memantat ikut suka. Ini tidak sesuai jiwa saya yang mementingkan kreativiti dan keunikan dalam melakukan sesuatu.

    Kalau kahwin, tak perlu bayar mahal-mahal. Rakan sekerja saya dahulu, hanya kahwin dengan senaskah kitab suci Bible. Itulah tanda cinta. Tidak ada wang yang mampu membeli wanitanya, melainkan cinta yang tulus dari rakan saya itu. Kawan saya kahwin dengan RM 0.00.

    Kalau saya, ikut agama Islam maka saya perlu bayar sekitar (RM12 -RM120) maskahwin. Paling murah, saya boleh kahwin janda Negri Sembilan dan paling mahal saya boleh kahwin anak dara Sarawak. Tapi kenapa hari ini orang nak kahwin mahal daripada melanggan pelacur?

    Nak tahu sebab apa hari ini umat Islam mundur? Kerana orang Islam sekarang sangat bengap dan suka berdendam. 

    Dendam hantaran kahwin, dulu masa dia kahwin, hantaran kahwin beribu-ribu. Sekarang dia tak puas hati kalau orang ambil anak perempuan dia percuma macam itu saja. Dia nak orang lain mengalami nasib yang sama bahkan setimpal, tapi dia lupa RM tak statik. Ini akan menyulitkan keadaan. Tapi dek dendam punya pasal, dendam hantaran kahwin menjadi adat. Di India orang sampai bunuh anak perempuan, sebab anak perempuan yang kena bagi hantaran pada pengantin lelaki. Terbalik jika dibandingkan dengan Malaysia. Ini berlaku mungkin faktor nak lariskan wanita tempatan di India.


    Selain dendam hantaran kahwin, terdapat juga dendam PTPTN. Ini pun ramai yang terdiri daripada orang Melayu Islam yang ngok. Dulu dia kena bayar, sekarang pun dia nak pelajar kemasukan baru bayar walaupun pendidikan dicadangkan untuk diberi percuma pada semua orang lepas tukar kerajaan nanti. Bengap tak bengap umat Islam hari ini? Yang dah lepas itu lepaslah. Nak dendam buat apa? Ada tawaran dan kaedah yang lebih menguntungkan. Buat apa nak pilih jalan kemusnahan?

    Islam benarkan kahwin 4 sebab kalau disusun pada umur 25, 35, 45, 55 dikahwinnya seorang. Tentu sang suami tak pergi rumah urut atau spa.

    Umur 25 kahwin anak dara.
    10 tahun kemudian rasa bosan.

    Umur 35 tahun tambah lagi seorang anak dara.
    10 tahun kemudian rasa bosan.

    Umur 45 tahun tambah lagi seorang  anak dara.
    10 tahun kemudian rasa bosan.

    Umur 55 tahun tambah lagi seorang  anak dara.
    10 tahun kemudian biasanya mati jasad atau pun mati pucuk.

  • Kepimpinan
    Kahwin lebih daripada satu dapat membentuk kepimpinan dalam diri seseorang. Walaupun saya bujang lagi, tapi kalau nak tengok hal ini, cukup dengan contoh arnab.

    Orang yang bela seekor arnab, tak sama pengalamannya dengan orang yang membela 60 ekor arnab. Saya pernah membela arnab sebanyak itu. Ia akan menjadikan kita lebih bertanggungjawab. Angka yang besar akan menjadikan kita peka tentang nasib arnab-arnab itu. Justeru itu, saya harus pantas, rajin, tepati masa dan tabah serta sanggup berkorban walaupun dikencing atau dicakar. Saya penah dikencing arnab hingga masuk dalam mulut dan mata. Namun saya tak kisah. Jiwa saya ketika itu sudah jadi tabah.

    Tapi kalau setakat bela 10 ekor, bolehlah berehat-rehat. Tak segenting membela 60 ekor arnab.

    Ikut sejarah pun, kita boleh dapati ramai pemimpin zaman dahulu memiliki ramai anak dan isteri. 

    Mungkin kerana itulah soalan orang Melayu sesama orang Melayu dahulu berbunyi, "Berapa orang anak dah ada sekarang?". Ini bukan soalan lucah. Jika diteliti, ini merupakan soalan "Apakah semakin baik keadaan kamu? Berapa anak kamu boleh bela?".

    Memang ada orang yang kaki buat anak dan gagal pula untuk membentuk anak-anaknya. Namun, kes ini sangat jarang-jarang kita dengar.

  • Ekonomi
    Zaman sekarang ini merupakan zaman gawat. Kita harus akui bahawa anak-anak muda sekarang ini sedang diancam hebat oleh segala mak nenek inflasi dan hutang. Kerana itulah berlakunya kes kahwin dengan suami orang. Itulah kahwin dua namanya.

    Tapi tak jadi nama kahwin dua. Sebab dia ceraikan bini pertamanya. Kenapa? Sebab perempuan sekarang tak ramai yang sanggup dimadukan. Inilah yang orang lelaki tak mahu.

    Kita tengok contoh adik saya yang curi-curi pergi kedai snooker. Tak beri tahu ibubapa mana dia pergi sehingga baju melekat bau asap rokok budak-budak snooker. Kenapa tak beritahu? Kalau beritahu, tentu tak dapat pergi. Ibubapa takkan setuju.

    Sama juga dengan lelaki sekarang. Kenapa kahwin lagi satu tak beritahu. Kalau beritahu pun, isteri pertama tak bagi. Samalah macam perangai budak curi-curi ke kedai snooker.

    Di mana silapnya? Pada saya, silapnya pada hari pertama berkenalan. Carilah perempuan yang sanggup dimadukan. Perempuan yang sanggup dimadukan tentu celik agama dan terbuka fikirannya.

    Kahwin dua atau lebih juga, boleh merancakkan ekonomi. Kita lihat, seseorang yang penuh hutang sudah tentu tak mampu berbelanja dengan baik. Kerana punca pendapatannya akan dialirkan pada kadar bunga atau pun kadar faedah. Dengan kemunculan lelaki yang sanggup memperisterikannya dan menyelamatkannya daripada hutang-hutang tentulah ekonomi kita akan kembali rancak.

    Ekonomi ini sangat berkait rapat dengan jenayah. Ekonomi yang baik akan mengurangkan jenayah. Ekonomi yang gawat akan memangkinkan jenayah.

    Kahwin dua juga tidak terhad pada anak dara. Tetapi juga janda. Seorang janda tidak ada suami (bapa kepada anaknya), lazimnya memiliki anak yang kurang kasih sayang dan liar.

    Kehadiran lelaki yang sanggup memperisterikan janda itu juga dapat menyelamatkan Malaysia. Nasib anak-anak janda itu akan terpelihara.

    Sebut bab lelaki nak kahwin dua ini, tentulah lelaki itu mesti pandai mencari nafkah. Di sinilah kita harus mengkaji sejarah orang dahulu kala yang beristeri lebih. Mereka biasanya duduk di kampung, ada tanah, ada ternakan, ada sawah dan ada perigi. Itulah kilang makanan buat anak dan isteri semuanya.

    Tak semestinya lelaki nak kahwin lebih ini, mesti hadir daripada golongan jutawan dan bangsawan saja.

Penyelesaian
Jadi, jangan susah hati. Tak perlu masuk peraduan untuk jadi kaya. Mungkin kita tak ada duit. Tapi kita boleh mulakan sekarang dengan kerja sebentar di Singapura. Kemudian dah dapat duit, pergi beli tanah, bikin ternakan, bikin sawah, bikin 4 buah rumah kampung, bikin perigi dan akhir sekali bawa masuk 4 orang isteri. Boleh tukar angin seminggu sekali. Tak perlu bayar apa-apa. Nak makan, ada ikan haruan dalam sawah. Nak makan daging, pergi sembelih ayam, lembu, kambing dan burung puyuh. Lama belayar, hauskan? Minum air perigi. Percuma tak perlu bayar bil bagi SYABAS kaya. Kerana Allah S.W.T Maha Kaya. Sultan yang kaya itu pun Allah S.W.T yang bagi mereka jadi kaya. Tapi apa yang jadi sekarang pada rakyat jelata?

Monday, May 21, 2012

017-3868699 017386 8699 +60173868699 Peraduan Tilam Urut Jade Jed Toyota Camry Gores & Menang | Buka Sampul

KUALA ROMPIN - Seorang kontraktor yang berhasrat memenangi hadiah Toyota Camry dengan membuat bayaran proses RM8,900 berbanding harga asalnya melebihi RM100,000 terpaksa berputih mata apabila hanya memperoleh sebuah tilam batu jed yang dianggarkan bernilai RM4,000.

Zahiruddin, 45, (bukan nama sebenar) tertipu dengan janji manis seorang jurujual wanita sindiket gores dan menang semasa dia dan isterinya berada di sebuah tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Kuantan. -  Impi kereta dapat tilam
Hanief: Masing-masing mengalami nasib malang dalam hidup ini. Namun setiap benda itu ada pengajarannya.

Kepada para penonton semua, ketahuilah penipuan yang sebegini melambangkan kegagalan ekonomi negara kita.

Hari ini perniagaan perlu disulami dengan peraduan.

Hari ini perniagaan perlu disulami dengan pelacuran.

Hari ini perniagaan perlu disulami dengan survei (harga paling murah).

Jika di negara maju, orang meniaga tak perlu umpan pelanggan dengan peraduan. taukeh restoran tak perlu jadi bapa ayam. pelanggan nak beli-belah tak perlu survei bagai nak mati!

Negara maju, orang meniaga dengan senang, orang kerja dengan satu kerja saja gaji dah cukup. Orang nak beli-belah tak perlu survei harga, pakai rentap saja. Taukeh restoran tak perlu jadi bapa ayam, bahkan dia pula cari ayam pasal duit berlebih.

Penipuan Tahap Setan : Scam (Peraduan) + Catatan blog/Twitter/Facebook
Setiap orang ada imaginasi sendiri. Teruskan baca jika anda ingin tahu, apakah tahap imaginasi setan saya dalam merangka penipuan.

Pada hari ini, kita tak perlu selongkar laci untuk baca buku diari seseorang. Jika anda gagal berfikir, apa kena mengena dengan diari, maka anda mudah ditipu.

Dalam diari, ada 1001 benda tentang diri seseorang. Seperti:-
  • Minat
  • Lokasi
  • Kenalan
  • Password (kata laluan)
  • Dan lain-lain butiran yang bersifat peribadi
Lagi sekali, hari ini diari ada tersemat dalam blog, Twitter, Facebook, Myspace, Friendster dan segala macam termasuklah emel (kalau juruteknik komputer baca? HA!).

Lazimnya, penipu yang licik, akan menyentuh topik yang hampir sama dengan peristiwa yang kita baru alami. Ya, sudah tentulah penipu itu mengetahui segala macam tentang anda, daripada hasil tulisan anda yang tersemat di Internet.

Contohnya:-
Anda baru mengadu di Facebook bahawa anda sakit pinggang tidur atas tilam lama. Springnya tak anjal dan sangat bermasalah.

Apakah anda fikir seorang penipu scam tilam yang membaca di Facebook anda itu akan melepaskan peluang keemasan?

Sebaik sahaja keluar rumah, anda akan diekori penipu ini dengan segala promosi atau peraduan tilam sebenarnya. HAHAHAHA!

Bagaimana dia ekori anda? Alamat anda pun ada dikongsikan. Sumber GeoTag (Latitud/Longitud) yang ada pada Twitter juga ada (termasuklah laman web 3.0 yang lain seperti Youtube, Blogger, Facebook juga). 

Anda tentu akan terlembut hati, apabila orang Melayu yang mendekati anda. Seolah-olah prihatin sangat dengan masalah pinggang anda. Sehinggalah anda tertipu dengan sejumlah wang yang besar dengan beralaskan perjanjian yang memerlukan anda menurunkan tandatangan untuk menghalang anda daripada patah-balik atau tukar fikiran.

Penipuan besar lazimnya membabitkan perjanjian bertandatangan yang di atas kertasnya terdapat tulis-tulisan kecil yang sukar untuk dibaca oleh mangsa dan panjangnya Ya! Allah, berjela-jela. Mata tengah kelabu dek hadiah segala macam. AKU SIGN! AJO LAH JANG! Senasib dengan Saiful Apek.

Anda mungkin kata Facebook anda ditapis rapi, hanya rakan anda sahaja yang anda add. Ini bermakna anda masih mudah untuk dikelentong.

Apakah?
Dengan keadaan ekonomi meleset hari ini, 
Dengan suasana politik yang tunggang-langgang hari ini,
Dengan kadar jenayah yang meningkat hari ini,
Dengan jumlah penghutang yang bertambah-tambah hari ini,

Semua di atas itu tidak mampu untuk mengubah perilaku seseorang dalam sekelip mata?

Mungkin kenalan anda sendiri yang pasang orang untuk menipu anda. Hasilnya dibahagi dua?
Ini bukan nak menuduh, ini maknanya untuk berwaspada.

Perlukah anda berwaspada dengan doktor atau mana-mana kakitangan yang mengetahui masalah peribadi anda? Mereka ini jika dikira logik, lebih tahu lagi tentang diri anda daripada penipu yang berteraskan Internet. Cukup dengan anda pergi mengadu mengadu sakit pinggang pada doktor.

Tapi, tak perlu kita pergi pada tahap itu. Elakkan bersangka macam-macam.
Tapi bagaimana? Jika anda memang sudah kaki Internet dan kuat sembang serta kongsi merata-rata?

Saya nak beritahu bahawa, Internet ini saya gunakannya hanya untuk menghasut orang ramai untuk membenci UMNO-BN yang menggagalkan ekonomi kita DAN bercerita tentang pokok herba dan arnab. Tidak ada maknanya saya nak cerita hal-hal peribadi seperti pinggang, bulu betis, tahi gigi, bau ketiak dan lain-lain yang tak membawa perubahan sosial (masyarakat/orang ramai).

Takkan saya layan punya penipu peraduan herba jika dicubakan ke atas saya. Buka sampul, gores dan menang, dapat satu lori pasu-pasu tanaman herba. Kenapa saya tak tertarik? Sebab saya ada jalan untuk cari wang besar. Saya ke Singapura untuk kerja. Habis cerita.

Itu penipu scammers semua kalau jumpa saya, mesti tension. Saya ceramah dia pula dan kalau dia panas telinga, saya akan suruh dia pulang, masuk bilik air lepas itu berak puas-puas. Kemudian lihat tahi itu lama-lama dan anggaplah perbuatan dia yang menipu orang ramai itu setaraf dengan tahi itu.

p/s: Buanglah sikap itu seperti mana anda membuang tahi itu.

p/p/s: Pergi ke Singapura bukan bermakna saya tak percaya lagi pada pihak polis. Saya juga tak memandang rendah pada pihak polis mahu pun DBKL. Kita cuma mahu cari duit macam semua orang.


Saturday, May 19, 2012

PDF: KEEEMA' - MEI 2012

Thursday, May 17, 2012

Bank Run


Penjenayah seksi

Dalam istilah ekonomi, Bank Run bererti tindakan mengeluarkan semua wang simpanan yang ada di dalam akaun bank.

Bank Run teleh berlaku atau pun dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi. Masa zaman emas, manusia di muka bumi tidak menggunakan duit kertas seperti yang ada pada hari ini. Mereka menggunakan syiling emas dan perak.

Zaman-berzaman, perkhidmatan menyimpan syiling emas dan perak diperkenalkan. Itulah bank sebenarnya. Bank tersebut menerima syiling emas dan perak untuk disimpan. Ramai orang percaya kerana simpanan syiling emas dan perak direkod dengan rapi dan disertakan dengan dokumen lengkap, seperti resit dan buku akaun.

Syiling emas dan perak yang tersimpan di dalam bank itu, dilaburkan tanpa pengetahuan para pemiliknya. Ia dilaburkan dalam bentuk pinjaman. Setiap pinjaman mempunyai kadar faedah atau pun bunga. Maknanya, jika seseorang itu pinjam 10 keping syiling emas, maka dia perlu bayar lebih daripada 10 keping syiling emas (bergantung pada peratusan bunga).

Ketika itu pinjaman telah diberikan dengan meluas sekali oleh pihak bank. Setiap peminjam, tidak mendapat emas. Sebalik mereka mendapat resit. Resit itu boleh digunakan untuk membeli-belah. Para peniaga yang menerima resit tersebut, kemudiannya akan pergi pada bank untuk mendapatkan emas.

Suatu hari, khabar angin bertiup kencang. Ramai para pemegang akaun khuatir bahawa syiling emas dan perak mereka akan terancam dengan tindakan pihak bank yang meminjamkan simpanan syiling emas dan perak orang ramai.

Justeru itu, mereka pun bergegas ke bank tersebut bagi mengeluarkan semua simpanan syiling emas dan perak milik mereka. Nah! Inilah yang dipanggil Bank Run. Setelah semua orang mengeluarkan simpanan syiling emas dan perak mereka, pihak bank tidak lagi memiliki apa-apa. Para pemilik bank terpaksa menutup bank mereka dan memecat para pekerja mereka.

Jika anda sudah faham, saya mencadangkan supaya rakyat jelata melakukan Bank Run terhadap bank kepunyaan adik Najib, iaitulah Bank CIMB dan bank-bank yang lain. Keluarkan semua duit simpanan. Jangan pula simpan bawah bantal nanti perompak datang. Tetapi simpan di luar negara, contohnya Singapura atau pun Brunei.

Wednesday, May 16, 2012

BERSIH Perlu Tukar Pengerusi


Memandangkan pelbagai ugutan dan tuduhan dilemparkan pada Datuk Ambiga (pengerusi BERSIH), saya ingin mencadangkan supaya jawatan pengerusi itu diserahkan pada susuk lain seperti anak Mahathir iaitulah Marina yang juga rakan kepada Datuk Ambiga.


Kerana saya percaya bahawa bekas tentera tak akan serang anak bosnya sendiri. Kerana bosnya, tidak pernah menipu atau tidak pernah menyalahgunakan dana negara demi kepentingan anak-anaknya.

Saya tidak bersimpati pada Datuk Ambiga, kerana beliau kelihatan kaya dan tidak lapar. Saya sebaliknya bersimpati pada  tentera  dan polis yang terpaksa menjual burger dan menayang punggung di hadapan rumah Datuk Ambiga. Saya dapat rasakan jerih payah tentera dan polis dalam keterpaksaan mencari rezeki seperti ini.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa, kita harus tahu bahawa  tentera  dan polis bukanlah milik mana-mana syarikat, mahu pun susuk-susuk politik. Tentera dan polis patut menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara. Kuasa mereka tidak harus disalahgunakan oleh mana-mana pihak, termasuk Agong sekali pun.

Begitu juga dengan bekas tentera dan bekas polis. Walaupun dari segi perkataannya telah disebut 'bekas', ini tak bermakna mereka boleh diperalatkan oleh pihak tersebut dan diungkit-ungkitkan mengenai kemudahan percuma tajaan penuh kerajaan seperti seluar dalam, baju dalam, pisau cukur, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain yang diterima mereka semasa berkuasa dahulu. Hormatilah warga Malaysia, usah rendahkan martabat bangsa sendiri.

Saya berharap Datuk Ambiga yang kaya boleh pertimbangkan cadangan ini.

Hanief Dapat Benih Pokok Stevia















Berikutnya bukan Pokok Stevia. Siapa tahu apakah nama pokok bunga di dalam 6 gambar di bawah ini?







Monday, May 14, 2012

Update Pokok MEI 2012

 


























Blog Archive