Semasa saya di Singapura, saya terperangkap dengan majikan yang sangat bersifat mengongkong dari segi kewangan.
Apabila wang kita banyak dihabiskan pada pengangkutan awam dan membeli makanan di luar, di situlah kita akan kecundang dan memilih untuk meminjam wang dari majikan.
Semasa bekerja di Singapura, ramai rakan-rakan saya yang jatuh kecundang sehingga membawa mereka ke lembah pinjam-meminjam. Saya pula kembali gah berdiri apabila saya menukar strategi untuk memasak.
Makanan luar yang biasa saya beli sebungkus di Orchard, berharga sekitar $4-$6. Orchard memang tempat mahal, tapi penuh dengan orang Filipina. Bukan saya tak suka orang Filipina, walau pun rata-ratanya mereka boleh bercakap Inggeris dengan pelat Indonesia akan tetapi mereka ini agak kekampungan dan cincai serta pentingkan diri sendiri. Ada yang tidak sebegitu, tapi kurang bilangannya.
Berbalik pada cerita makanan, ada juga $2 sebungkus. Tapi itu makanan masakan gerai Cina. Masakan Cina murah kerana tak ada rempah dan nampak sahaja bersih. Saya pernah kena bibit-bibit keracunan makanan kerana makan makanan $2 itu. Saya berhenti beli makanan di Orchard dan pilih untuk masak kerana mendapati tubuh badan saya harus dihormati daripada dicemari lagi dan lagi.
Sesetengah orang, kiranya sudah terpaksa bekerja memegang daging babi dan gelas arak, mereka memilih untuk menjadi kotor terus. Maknanya di sini, orang itu merasai dirinya sudah dicemari dan tak ada bezanya jika dia melanggar larangan Tuhan yang lain juga. Seperti tidak berpuasa, pergi berzina, minum arak dan lain-lain.
Saya tidak begitu. Walaupun di dalam situasi yang sangat sempit dari segi kewangan. Saya sering memandang ke atas dan minta doa semasa berjalan pulang dengan kaki yang kejang. Sudah tentu bulan sentiasa menemani saya. Saya dan bulan ibarat kawan rapat. Inilah teman bagi orang yang bekerja hingga larut malam. Semalam, bulan penuh di Singapura dan pasport saya dikembalikan pada malam semalam.
Semasa bulan sabit pula saya seperti disuruh bekerja keras dan tabah.
Memasak bagi saya merupakan kemestian. Ibu saya seorang cikgu masak. Namun saya tak pernah serius dalam mempelajari apa-apa masakan pun. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sebagai seorang juruteknik komputer, saya rasakan masakan semudah menginstall windows. Hanya perlu tahu setiap langkah dan tunggu.
Semasa saya di bangku sekolah menengah, saya sering masak burger dan ada juga mencuba resipi di buku-buku. Tetapi dek kerana bahan yang tidak cukup, masakan tak menjadi. Di situlah pengalaman buruk tercipta. Saya dimarahi kerana telah membazirkan beberapa ketul ayam dari peti sejuk ibu saya.
Di Singapura, saya cuba-cuba masak sendiri. Saya mulai faham dengan perihal makanan. Seperti:-
- Bau & RasaBau dan rasa merupakan pembuka selesa. Dua benda ini saya faham, mereka sangat berkait rapat. Pernah saya masak dengan bau yang sedap, tapi tawar. Di sinilah pentingnya kita jaga kedua-duanya supaya seiring. Sebab itu orang ceduk sedikit dan rasa.
- Api, Periuk/Kuali & TeknikMerebus, bakar, goreng apa jua pun caranya, api perlu dijaga. Di sini ada membabitkan Sains sedikit. Aliran haba kepada makanan perlukan serata. Ada masa api kena dikuatkan dan ada masa api perlu diperlahankan. Gelembung udara juga sering naik apabila masakan tidak dikacau. Masakan yang sering dikacau juga akhirnya akan menghancurkan masakan.
- Bahan (Kesegaran dan Keaslian)Bahan yang terbaik merupakan kunci kesedapan makanan. Rempah yang segar mudah didapati di Singapura ini. Ayam yang baru sehari disembelih juga mudah didapati di sini. Beras gred tinggi juga murah di Singapura. Andai kata, ibu saya orang Singapura, tentu beliau sudah ada rangkaian restoran di sini. Orang Singapura ada bahan yang terbaik tapi apabila masak terpaksa pakai MSG. Alangkah bangangnya. Tapi kalau pergi beli ayam jenama Sadia yang sudah 4 bulan disembelih dan disimpan pula oleh pengguna untuk 1-2 bulan tentulah masakan itu dibantu dengan MSG seperti kebanyakan restoran dan hotel.MSG bagi saya, merupakan bahan penyedap untuk orang yang tak tahu masak.Tak tahu masak di sini ialah tak tahu mencampur adukan bau dan rasa, gagal mengawal api dan mengenal jenis periuk serta memakai teknik yang bersesuaian ketika memasak. Juga tidak minat pada kesegaran bahan (suka benda yang dalam tin, benda yang dah diawet hingga tahan bertahun-tahun dan suka pada benda yang segera atau tidak asli).Jadi apabila wujud perkataan tak tahu masak, makan 3 hujah inilah yang dimaksudkan saya.
Saya pada kebiasaannya juga beli ayam yang dijual atas papan polystyrene yang dibalut dengan pembalut plastik. Tetapi sejak bulan puasa bermula, ayam tersebut selalu kehabisan. Makanya, saya berubah kepada seekor ayam. Saya mula belajar potong ayam sendiri. Saya buang kaki ayam, kepalanya, hujung kepaknya dan hati/perutnya.
Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, Bunga Cengkih, Buah Pelaga, Halia, Bawang Kecil dan garam merupakan satu kemestian dalam masakan Nasi Ayam saya. Setelah berhari-hari saya masak. Barulah saya tahu bahawa, ayam yang segar merupakan penyumbang besar dalam memilik air rebusan yang sedap. Kerana ayam yang segar mempunyai tulang ayam dan daging ayam yang berjus.
Dipendekkan cerita, kos untuk masakan sebungkus saya $0.50 (ada ayam, sayur salad dan nasi). Itulah rahsia membeli ayam seekor. Bos saya yang cuba untuk memerangkap saya ternyata gagal. Semuanya kerana kejayaan saya untuk menukar strategi daripada makan makanan luar kepada makan air tangan sendiri. Rakan sekerja saya juga turut terpengaruh dengan strategi saya dan memilih untuk memasak juga. Chef di tempat saya kerja juga kagum dengan semangat saya yang tidak kenal erti letih atau mengantuk. Hingga saat ini saya masih membayangkan, apakah suatu hari nanti saya mampu melenyapkan langsung kos $0.50 itu?
Rasanya saya mampu jika saya masuk kampung, bela ayam sendiri, ada sawah padi sendiri dan sayur sendiri serta perigi sendiri. Sahlah saya tak perlu pergi pasaraya dan kerja merantau kerja sampai larut malam lagi. Itu pasal jangan robohkan kampung. Jangan tinggalkan kampung. Kampung itu hilang rohnya apabila tidak ada golongan berilmu dan golongan muda. Apabila roh buat kampung itu hilang, maka ia tentu akan roboh. Bukan?
Rasanya saya mampu jika saya masuk kampung, bela ayam sendiri, ada sawah padi sendiri dan sayur sendiri serta perigi sendiri. Sahlah saya tak perlu pergi pasaraya dan kerja merantau kerja sampai larut malam lagi. Itu pasal jangan robohkan kampung. Jangan tinggalkan kampung. Kampung itu hilang rohnya apabila tidak ada golongan berilmu dan golongan muda. Apabila roh buat kampung itu hilang, maka ia tentu akan roboh. Bukan?










