Malaysia : Tong Taik UMNO: August 2012

Thursday, August 23, 2012

HDD Tune Pro 5.0 | 1TB Toshiba HDD Scanned



Hanief: It took one whole day.

Wednesday, August 22, 2012

LG Flatron LG1510BF Driver | Windows 7 64-Bit


LG sucks when it comes to driver and support. Maybe they tend to abandon their old products. I don't know. But looking for a driver for LG1510BF touch screen monitor is quite a hassle. I found the driver at Touch Base website (3rd party webby). Couple of engineers in UK setup a free service, I don't know what are they gonna get in return. LOL!

Solution: You must get a right driver. Otherwise your mouse going to be freezed. Remember to do the System Restore checkpoint before you make your driver installation. Because you can always revert back to the old state, if there's a need.
For LG1510BF, I just use LG1510SF. Since that is the closest driver available in the website. Here is the link of the driver: http://download.touch-base.com/downloads/64002_UPDD.ZIP

Just install it and don't forget to restart. Next up, just calibrate the touch screen by using this software http://touch-base.com/downloads/production/ITM/setup.exe. Done.

Test drawing I made. Refer the previous image, there's an option called 'Test'.

The built-in on screen keyboard in Windows 7. Look for it on the left side of the screen during your first tap.

Sunday, August 19, 2012

The file is possible corrupt. The file header checksum does not match the computed checksum.


Info:
I was troubleshooting my customer HP Folio 13 laptop which has an SSD in it. The booting time was stupid fast. Sometimes I could go into the Windows 7 but most of the time I could not. There was a black screen came out after the BIOS moment, with a message "The file is possible corrupt. The file header checksum does not match the computed checksum".

What I've tried:-
  • Updated the BIOS
  • Played around with the BIOS settings
  • Reinstalled Windows 7 by using USB HDD, (LOL I have to change to another USB port during the 'Install Now' screen, in order to make Windows 7 Installation detect the Windows 7 installer in the USB HDD).
None of the above works.

Solution: I dismantled the HP Folio 13 laptop, (by opening first the keyboard > panel underneath the keyboard) to replace the RAM chip. Yup, just RAM problem. After that, the black screen gone for good (permanently).

Saturday, August 18, 2012

Apa Saya Tengah Buat Sekarang ?


Selepas saya berjaya berhenti kerja dari syarikat cleaner bulan lepas, saya kini sedang bekerja sebagai juruteknik CCTV. Kerja ini telah disyorkan oleh bos syarikat cleaner tersebut. Kiranya, kini saya sedang bekerja dengan rakan kepada bos saya.


Mungkin inilah yang berlaku apabila kita melayan ugutan dengan kelembutan. Kerana keganasan tak membuahkan hasil, ia ibarat api lawan api.

Apa pun, saya masih lagi belum diberikan apa-apa surat penerimaan bekerja atau pun permit kerja. Mungkin bos baru saya ini ingin melihat lebih lagi kemampuan saya dalam bidang IT. Ada juga dia bertanya mengenai tempoh sah saya di Singapura. Kata saya, sekitar 30 hari begitu.

Untuk pengetahuan semua, saya sering menyusun pelan B untuk sesuatu. Kerana saya bukanlah manusia yang meletakkan harapan penuh pada sesuatu keadaan. Andai kata saya tak dapat kerja di syarikat baru ini, maka saya akan ke tanah air untuk masuk kampung bikin revolusi pertanian. Saya akan perhebatkan atau membudayakan bidang pertanian setaraf dengan dunia politik lewat 2008 dahulu. Kerana pertanian sahaja yang boleh memurahkan harga barang makanan, untuk semua orang. Termasuklah para demonstran, para menteri dan saya sendiri yang gemar menyediakan makanan sendiri. Kita sama-sama nantikan.

Thursday, August 9, 2012

Headset Not Stereo | Mono Sound Problem

In many of my visits to Singapore Internet cafes, their headset kinda suck ass. 80% of 'em have mono sound. So one day I got fed up because I was listening to Skrillex (which has heavy bass and left and right sound effect). I was very concern about my dollars too, so I went troubleshoot one of them.

How to troubleshoot:-
Check the jack of the headset, is it properly insert into the audio port? Because sometimes a few idiots love to pull the headset cable and sit very far from the monitor screen.


Balance slider L / R

You can Reset the settings, at the Karaoke field, turn to 0 for a normal sound (you don't want anything like chipmunk effect), and power off the Equalizer.

Check the Audio Manager (mostly I encountered the Realtek brand). The most annoying part is that someone used to play around with the Audio Manager which could result something like chipmunk effect and mono sound (L / R only sound).

Make sure you have the slider in the center in order to have a balance sound (stereo).

You have to check the Master Volume setting as well. If the sound still mono then, I guess it's the headset itself (hardware fault). You can try the headset with other computer or your iPod. See whether it's still the same or not.


Server Security Certificate Is Not Yet Valid | Chrome | IE | Firefox


I had this during my  surfing time in Singapore Internet Cafe. I've tried so many Internet browsers (Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox), still I got the same security certificate issue. Then, I found that the time and the date of the PC weren't correct. I tried to click on the clock but I was unable to do anything because I was on Guess account (not the Admin account of Windows XP)


Solution: I just rebooted the PC, I entered the BIOS and corrected the time and date from there. After that, I logged into the Windows, I had no more screens like above there. Yay~!

Tuesday, August 7, 2012

PDF: JOM KERJA DI SINGAPURA

PDF: KEEEMA' - JULAI 2012

Monday, August 6, 2012

Pendidikan Percuma Ubat Kepada Masalah Negara


Beri saya apa jua isu. Saya akan huraikan isu tersebut dan nyatakan bahawa ia ada kaitan dengan isu pendidikan percuma yang wajib dilaksanakan demi untuk menyelamatkan tanah air tercinta ini.

Kita ambik contoh:-

Kes pemimpin boros dan gila kuasa
Ada pemimpin yang makan duit rakyat, beli kereta sehingga berpuluh-puluh buah, tak mahu letak jawatan atau lahirkan golongan muda sebagai penggantinya.

Kes di atas disebabkan tiada pendidikan percuma, rakyat jelata kurang peka dan menjadi bodoh dalam mengenal sesuatu situasi. Ya! Pemimpin harus dihormati, tetapi pemimpin yang jenis apa?

Sekiranya ada pendidikan percuma hingga ke tahap universiti, rakyat tidak mudah untuk ditipu, rakyat juga akan berkelulusan tinggi serta bebas hutang. Ini strategi yang diperlukan anak-anak muda dalam meneruskan langkah hidup mereka yang seterusnya iaitulah merantau. Sekiranya pendidikan itu didagangkan, maka ramai yang terpaksa berhutang dahulu dan semua proses untuk maju akan menjadi sangat perlahan. Ini semua tidak membantu anak-anak muda untuk bersaing di perantauan bersama-sama anak-anak muda dari 'negara-negara membangun' yang lain.

Andai kata 90%-100% anak-anak muda kita ada ijazah, maka kerja yang bakal dipilih di perantauan tentulah kerja-kerja yang berprofail tinggi. Ini juga dapat memelihara imej sesebuah negara. Saya sebut Bangladesh, maka akan terbayang buruh pembinaan, tukang isi minyak dan lain-lain dalam kepala anda. Mereka dilayan seperti sampah.

Mahukah kita melihat anak-anak muda kita menjadi hina sedemikian. Justeru, ini adalah tanggungjawab para pemimpin untuk menggunakan kekayaan negara bagi menggembleng (mengumpul) anak-anak muda merantau dan berselerak di perantauan. Bekerja di luar negara dapat melatih anak-anak muda menjadi lebih berkemahiran tinggi dan meluaskan pengalaman mereka serta mendapat wang yang lebih besar yang sekali gus menguntungkan negara. Matawang asing akan masuk ke dalam negara setelah dihantar pulang oleh si anak, maka ibubapa di tanah air dapat makan ayam macam biasa dan tak perlu berdemonstrasi akibat harga ayam naik.

Apabila lahir generasi baru dari pendidikan percuma, maka generasi tersebut sudah tentu mampu menafsir segala selok-belok hal ehwal politik, isu semasa dan apa jua ragam para pemimpin mereka. Kerana lazimnya, apabila anak-anak muda merantau di negara maju, taktik dalam dunia politik Malaysia yang masih lagi berstatus membangun (belum maju-maju lagi) akan dilihat basi. Kerana di negara maju, taktik dalam dunia politiknya sangat-sangatlah terkehadapan. Apabila semua ini dikecapi oleh anak-anak muda, cuba anda bayangkan apakah yang akan jadi seterusnya?

Sudah tentulah, tatkala itu negara kita akan menjadi seperti Jepun. Apabila anak-anak muda bijak, para pemimpin di atas akan sentiasa diawasi dan ditegur. Apabila tiba giliran anak-anak muda tersebut pula menjadi pemimpin, saya yakin mereka akan bersifat seperti para pemimpin di Jepun yang rela hati meletakkan jawatan apabila gagal melaksanakan sesuatu mandat rakyat. Akan wujud maruah yang tinggi dalam jiwa anak-anak muda tadi.

Jadi di sini jelas, perlunya atau sangat pentingnya pendidikan percuma bagi anak-anak muda yang kontang dari segi kewangan hari ini dan hasilnya juga dapat memelihara puak-puak veteran yang memegang kuasa, kerana akan berlaku proses check and balance. Takkanlah makin bodoh rakyat jelata sekiranya pendidikan percuma yang berkualiti dilaksanakan?


Kes Serangan Samurai di Bangunan JPM

Labelkan si penyerang apa sahaja. Imam Mahdi, penganggur, Mat Dadah Morfin, ekstrimis pembangkang, ninja? Semua itu tidak penting untuk kita tahu.

Bangunan kerajaan diserang (JPM). Tentulah ada rasa tak puas hati terhadap pihak kerajaan. Samada insan tersebut orang UMNO atau PAS, itu tak penting.

Apa yang jelas ialah sudah ramai orang tidak suka kerajaan. Kerajaan yang zalim hari ini, membuatkan rakyat jelata tertekan. Mereka tiada saluran perdana untuk digunakan bagi meluahkan masalah mereka. Mulut mereka ditutup dan disumbatkan RM500 apabila menjelang pilihanraya.

Demi pangkat atau hayat politik para pemimpin bangsat ini, mereka sanggup menyalahgunakan wang rakyat, beli polis untuk kacau, belasah dan tangkap rakyat, beli mahkamah untuk menang apa jua kes, beli ahli politik untuk lompat, beli media arus perdana untuk sebarkan propaganda, beli rakyat untuk jadi pengampu atau pencacai.

Mana dia pendidikan percuma. Apakah secocok benar, antara penyalahgunaan wang rakyat dengan perlaksanakan pendidikan percuma? Ambil wang rakyat untuk laksanakan pendidikan percuma itu bukan satu kesalahan. Itu adalah satu tindakan mulia.

Tapi bukankah nanti, akan lahir golongan para pemimpin yang lebih berkaliber (berkebolehan) hasil perlaksanaan pendidikan percuma? Tak semena-mena puak-puak pemerintah yang kaki songlap itu akan digulingkan dalam masa yang singkat sekali.

Kesimpulannya di sini ialah, negara yang diperintah oleh para pemerintah yang zalim, tentulah takut untuk melihat rakyatnya menjadi celik dan pandai. Kerana pendidikan percuma akan hanya membawa kepada kejatuhan mereka dan kemudian diganti dengan para pemerintah yang cerdik.

Sebab itulah Dajjal memerlukan orang-orang bodoh untuk menjadi pengikutnya. Di akhir zaman, golongan cendikiawan akan berkurangan dan jumlahnya lebih kecil daripada golongan yang bodoh.

Haagen Dazs ?


Lin Dan: Abang Chong Wei, demi masa depan gigi rakyat Malaysia, saya takkan berikan kamu peluang untuk menang.

Chong Wei: Kenapa?

Lin Dan: Ais Krim Baskin Robin memang sedap, tapi boleh merosakkan gigi.

Chong Wei: Saya juga simpati dengan gigi mereka. Tapi apa harus saya buat?

Lin Dan: Kamu harus kalah dalam permainan ini.

Chong Wei: Tapi, bagaimana dengan Kak Ros?

Lin Dan: Kalau kamu kalah, saya belanja kamu Ais Krim Haagen Dazs. Rasanya lebih asli daripada Baskin Robin.

Chong Wei: Lebih asli? Wah lau!

Sunday, August 5, 2012

Tak Ada Guna Perpaduan Sebab ?


Saya tak nampak mengapa umat Islam perlu bersatu-padu di Malaysia. Kita semua tak pernah berpecah pun. Para pemimpin yang zalim sering mengajak masyarakat supaya bersatu-padu. Seolah-olah wujud akan perpecahan di kalangan masyarakat pada hari ini.

Saya mungkin buta atau pun gagal mengesan akan perpecahan umat Islam. Justeru, saya sifatkan bahawa para pemimpin zalim yang sering mengajak masyarakat supaya bersatu itu, sebenarnya cuba melontarkan idea bahawa rakyat hari ini sedang berbalah antara satu dengan yang lain. Apakah motif para pemimpin zalim ini?

Jawapannya ada pada syarikat cleaning yang saya kerja dahulu. Saya boleh umpamakan para pekerja sebagai rakyat dan orang atasan sebagai para pemimpin. Para pekerja yang selama ini tiada masalah atau pun tidak pernah berpecah, kini disuruh bersatu-padu sehingga menimbulkan tanda tanya sesama mereka.

Apakah ada di antara para pekerja sedang berbalah. Orang atasan cuba bermain api. Sekiranya orang bawahan yang selama ini aman, kini orang atasan berjaya memasukan rasa syakwasangka di kalangan pihak bawahan. Maka apabila berbalahnya orang bawahan, semua orang atasan makin selesa dan tiada saingan yang datang dari golongan bawahan. Segala barang-barang milik orang bawahan juga mungkin menjadi milik orang atasan setelah ada yang meletakkan jawatan atau pun cabut lari.

Nah, sekiranya para pekerja bawahan bijak, mereka tidak akan terpedaya dengan mainan pihak atasan. Begitu jugalah dengan rakyat jelata pada hari ini yang telah lama bersatu dan tiada masalah langsung. Harapnya tidak langsung termakan dengan cubaan meletakkan rasa ragu-ragu dalam ikatan sesama kita rakyat biasa. Masyarakat Malaysia tidak pernah berpecah. Kita hanya berbeza parti politik, tetapi matlamat kita kekal untuk menyelamatkan harta negara daripada dibolot oleh golongan elit yang segelintir sahaja.

Apalah gunanya jika rakyat biasa di bawah ini miskin, tetapi mengangkat pula pemimpin yang zalim, yang hanya menolong rakyat di kala mereka berada di hujung tempoh memerintah iaitulah waktu yang hampir dengan pilihanraya. Apakah rakyat biasa ini merupakan rakyat yang harus dibantu hanya 5 tahun sekali? Atau pun rakyat jelata ini wajib dirompak harta mereka selama 5 tahun kemudian diberi bantuan yang tak sebesar mana tatkala tiba waktu mengundi sebayak RM500 yang boleh habis dibelanjakan dalam 30 hari?

Bagaimana pula golongan yang lena dengan Feudalisme? Apakah mereka fikir rakyat di negara ini tidak mempunyai Internet untuk mengambil tahu akan hal yang berlaku di Brunei? Bagaimana Sultan mereka menjalankan tugas? Apakah setiap 5 tahun sekali? Atau pun setiap musibah melanda? Atau pun setiap adanya cacian dari rakyat bawahan di Facebook, Twitter dan Blogspot?

Insaflah wahai para pemimpin yang zalim dan para pemimpin yang lupa diri. Kamu semua diangkat oleh rakyat jelata, kamu makan duit rakyat. Ada sesetengah kamu yang goyang kaki menganggur sahaja. Rakyat yang bekerja keras di dalam negara dan juga khususnya yang sanggup merantau di luar sana, tubuh mereka dibasahi keringat demi sesuap nasi. Di manakah letaknya maruah kamu wahai para pemimpin yang sering mengajak rakyat bersyukur tetapi di dalam pada masa yang sama kamu khianat pada rakyat kamu sendiri.

Apakah kamu fikir rakyat hari ini tidak berkomunikasi sesama mereka? Hari ini zaman Internet, susuk seperti saya ini tak akan pernah berhenti untuk menyedarkan rakyat yang hari-hari diperbodohkan pemimpin dengan propaganda picisan dan buletin bangkai di media massa yang dikuasai oleh kerajaan korup kamu sendiri. Saya bukan setakat menyedarkan rakyat, tetapi saya juga menggalakkan mereka merantau dan mengenal negara luar dan potensi negara luar itu serta kemampuan para pemimpin negara tersebut. Inilah contoh terbaik untuk mengeluarkan rakyat dari ketiak para pemimpin zalim dan tak sedar diri ini. Lena dan sombong apabila hari-hari tangan dicium para pembodek dan lupa daratan apabila hari-hari disembah bagaikan wakil Tuhan Hindu.

Akhir kata, usahlah mengajak rakyat bersatu-padu dan berbuat benda yang bukan-bukan lagi. Mereka tak pernah berpecah. Mereka hanya ternanti-nanti, apakah para pemimpin keparat yang berkuasa hari ini akan memulangkan wang rakyat dan sumber alam milik rakyat jelata, atau pun terus-menerus menyuapkan RM500 bertahun-tahun lamanya atas nama serpihan aura ketuanan si elit setiap 5 tahun sekali.

Jika para pemimpin hari ini mundar-mandir, tiada idea untuk membangunkan negara dan ingin sangat akan nikmat dunia, menunjuk atau menayangkan muda di dada akhbar mencari glamor, nasihat saya pergilah ke London, UK dan duduk di sana diam-diam. Serahkan kuasa anda para pemimpin Singapura. Kerana pemimpin di negara itu lebih serius dan berkebajikan daripada pemimpin korup yang ada di Malaysia ini.

Rabum Ayam | Rabun Senja | Night Blindness | Nyctalopia


Masalah penglihatan malam atau pun rabun di waktu malam memiliki banyak sebab. Antara sebab-sebabnya ialah:-

  • Katarak
    Kanta mata berselaput dan warnanya akan menjadi keruh. Jika lambat dirawat, ia akan menyebabkan kebutaan

    Katarak berlaku akibat
    • Peningkatan umur

    • Keturunan

    • Tekanan darah tinggi
      Tekanan darah tinggi berlaku akibat tekanan atau stress, pengambilan kafein dan kekurangan vitamin D. Makanan yang kaya dengan vitamin D ialah susu, udang, minyak ikan kod, ikan salmon, ikan tuna, ubi kentang, mentega dan minyak sayuran. Vitamin D juga boleh diperolehi dari sinaran cahaya matahari.

    • Kekurangan kadar iodin badan.
      Tanda-tanda badan kekurangan iodin ialah:
      • Kehadiran penyakit Goiter.
        Goiter ialah pembengkakan pada leher atau pun peti suara. Pesakit Goiter lazimnya hilang selera makan dan susut berat badan. Walaubagaimanapun, tanda-tanda ini tidak spesifik dan agak sukar untuk dikenalpasti.
      • Keletihan yang melampau
      • Kelembapan berfikir
      • Kemurungan/Kesedihan

      Kadar iodin yang cukup juga membantu mencegah penyakit di mulut dan kelenjar air liur.

      Makanan yang kaya dengan iodin ialah ikan laut, kerang, ketam, udang, sotong dan rumpai laut.

      Makanan yang boleh mengurangkan kadar iodin iaitulah kumpulan makanan Goitrogen:-
      • Kobis / Bak Choy (Kobis Cina) / Bunga Kobis
      • Brokoli
      • Kacang Soya
      • Kekacang
      • Milet
      • Strawberi
      • Pic
      • Pear
      • Bayam
      • Rebung
      • Ubi Keledek

  • Kekurangan Vitamin A
    Masalah penglihatan malam juga boleh disebabkan kekurangan vitamin A. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah:-
    • Hati (Ayam, Lembu, Ikan)
    • Ubi Keledek
    • Daun Brokoli
    • Kangkung
    • Bayam
    • Lobak
    • Mentega
    • Labu
    • Betik

  • Sinaran Matahari
    Mata yang terkena pada sinaran terik matahari contohnya di pantai, boleh menyebabkan masalah penglihatan malam. Sinaran suria ini dapat diatasi dengan pemakaian cermin mata hitam. Bagaimana pula cahaya di skrin LCD yang kita tenung setiap hari berjam-jam lamanya?

  • Masalah Pembedahan LASIK
    LASIK atau pun pembedahan mata dengan menggunakan laser boleh membawa kepada masalah penglihatan malam. Walaubagaimanapun kejadian ini sangat jarang di kalangan pesakit yang membuat pembedahan LASIK.

  • Diabetis Mellitus (Penyakit Kencing Manis)
    Seseorang yang penyakit kencing manis lazimnya disebabkan keturunan atau pun faktor genetik, berat badan yang berlebihan, kurang bersenam, pemakanan yang tidak seimbang.

    Tanda-tanda penyakit kencing manis:-
    • Kerap dahaga
    • Kerap kencing
    • Susut berat badan (walaupun berselera makan)
    • Letih atau pun lesu
    • Luka atau cedera yang lambat sembuh
    • Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan

    Kesan Penyakit Kencing Manis pula ialah:-
    • Kegagalan buah pinggang
    • Serangan jantung
    • Kebutaan / Katarak
    • Koma (hilang kesedaran)
    • Angin ahmar (strok)
    • Sakit saraf atau “mati pucuk”
    • ‘Gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk

Logo Hari Kemerdekaan Ke-55


Blog Archive