Malaysia : Tong Taik UMNO: September 2012

Sunday, September 16, 2012

Budak Kecil



Tempat saya tinggal sekarang ni ada budak kecil umur setahun setengah. Bapa dia hari-hari bagi Coke Zero dalam botol susu dia. Satu hari saya tak tahan, saya beli buah epal, jambu batu, oren dan anggur kemudian saya letak dalam peti sejuk yang ada Coke Zero itu.

Nak jadi pasal, tadi saya makan anggur masa budak kecil itu berhampiran saya. Dia senyum-senyum dekat saya. Saya tersengih sedikit. Lepas tu, saya kena bagilah dah dia jenguk sekali nak masuk dalam peti sejuk.


Saya bagi dia sebiji. Saya ajar dia basuh beberapa anggur itu. saya kagum sebab budak kecil Bangla setahun setengah ni dah pandai jalan.

Hari ini dah masuk 10 hari saya duduk sama budak kecil ini. Dia merupakan anak kepada abang rakan saya yang merupakan PR Australia. Anaknya itu merupakan rakyat Australia walaupun berdarah Bangla.

Hari ini, budak kecil tu menangis bila saya nak keluar ke tempat lain. Mungkin saya tonton YouTube, dan main Angry Bird Space serta makan anggur bersama-sama dengannya hari ini. Maka betullah kata bapanya. Dia akan teriak bila saya keluar ke tempat lain sebab dah makan sama-sama. Hari sebelumnya saya setakat hulurkan barang-barang sahaja padanya.

Saya agak sedih bila dia menangis hendak ikut saya beli barang di kedai. Saya yang meneruskan perjalanan ke kedai terasa sedih dan gembira bagaimana budak kecil yang baru duduk 10 hari dengan saya boleh rapat sebegitu rupa dan saya juga terfikir bagaimana nak datang budak kecil begitu sewaktu saya memandang beberapa pelancong perempuan yang berjalan berpasangan di sekitar Little India. Tanpa perempuan, takkan ada budak kecil yang boleh menghilangkan tekanan.

Saya agak tertekan kerana kerja baru ini saya perlu tunggu dan menghabiskan duit sebelum tiba hari latihannya. Namun hari ini, tekanan saya sedikit hilang dengan kerenah budak kecil ini. Saya juga terbayang, kalau ada anak sendiri, satu setengah tahun dah pandai jalan, pandai cakap sepatah-dua dan menjadi perangsang untuk meneruskan hidup. Kerana sasaran hidup bukan lagi untuk mencari wang, tapi untuk besarkan anak. Nak besarkan anak, apa jua sanggup dilakukan demi si kecil. Barulah saya tahu bahawa hidup single lebih mencabar. Kerana tiada perangsang dari orang tersayang. Sebatang kara, sunyi dan sedih. Hanya lagu-lagu genre baru seperti dubstep dan robostep menjadi perangsang serta isu semasa yang menjadi teman.

Entahlah, dengan Bruxism yang saya ada, arnab pun tak boleh tidur. Apa lagi rakan Bangla saya ini. Kalau hari yang saya tertekan, Bruxism ini akan mengungkapkan segala tekanan itu pada malam hari. Sebab itulah saya bangun awal. Orang sekeliling saya bangun lewat kerana tidur lewat dek gangguan geseran gigi yang sangat lama. HAHAHA! Ada orang kata saka atau pun Jin. Hohohoh! Saya orang teknikal, tak ambil port dengan skim bomoh mahu pun ustaz. Kerana kedua-duanya sama sahaja. Ada susulan demi susulan ritual dan spiritual. Tanyalah pada orang yang suka main benda-benda tradisional ini. Tradisional bukan kuno, tetapi ia bererti 'mengikut tradisi'. Kalau anda dalam pengembaraan menyimpan duit, tentu anda takkan suka dengan benda ini melainkan anda tak tahu minta doa sendiri serta suka layan cerita hantu (dari majalah/tabloid/bawaan lisan). 

Bangla ni kira Benggali Timur. Sebab dulu ada Pakistan Barat dan Pakistan Timur. Pakistan Timur ialah Bangladesh. Bangladesh merupakan ladang hijau buat Pakistan Barat (Benggali Barat). Mereka (puak Bangla) ditindas (kurang peluang pekerjaan tinggi) dan hasil bumi mereka dirompak. Ini mirip nasib orang Malaysia Timur (Sabah & Sarawak).

Pada akhiran Ogos lalu, saya dah berhenti kerja dengan bos yang sebaya saya. Kerja tersebut merupakan kerja yang saya biasa buat, iaitulah pemasangan CCTV. Sebab saya melepaskan jawatan itu adalah kerana kerja di syarikat tersebut tidak memiliki sistem. Ikut asal boleh dan bos serta pekerjanya yang bodoh sombong. Mahu belajar sesuatu dari saya tapi marah-marah pula. Sangat-sangat tak masuk akal. Apalah salahnya dengar dan terima dengan baik. Kenapa nak kena berlagak tahu (pada hal tak tahu langsung).

Sekarang ini saya sedang menunggu pekerjaan baru, sambil duduk dengan bekas rakan sebilik saya (orang Bangladesh). Dia buka kedai komputer sewaktu saya kerja di Sim Lim Square (2011). Ketika itu dia masih tidak tahu install driver. Tapi hasil daripada ajaran saya padanya, dia buka juga kedai komputer ituHari ini dah banyak dia sudah tahu. Maklumlah ini kerja praktikal. Kena buat baru tahu. Tapi dalam 10 hari ini saya ajar dia cloning, slipstream dan Ubuntu serta torrent. Akan datang dia nak bikin laman web dan CCTV.
Kerja baru yang akan datang ini yang tidak berkait langsung dengan kerja yang saya pernah lakukan sebelum ini. Saya akan ceritakannya dengan panjang lebar bila sampai masanya. Takut nanti orang tua saya nervous dengan hasil kerja baru ini. Ikut style mereka, tunggu dah dapat kerja dengan status pekerja tetap, baru war-warkan, atau pun tak payah heboh. Hanya diam. Kalau macam itu tak jadilah blog.

Saya jenis orang yang tak kisah, samada jadi atau pun tidak. Blog ini hanyalah alat untuk memberi orang tahu. Cuma mungkin perancangan kita boleh disabotaj. Sebab itu saya sentiasa ada pelan B. Mungkin meletihkan, tapi Tuhankan lebih berkuasa daripada kita semua? Siapalah kita untuk tetapkan takdirNya?

Sunday, September 9, 2012

Dell Inspiron N5050 Bluetooth & Wireless Driver

Download R312102 by Dell here

Tuesday, September 4, 2012

Rakyat Johor Harus Bangkit


Turunkan bendera BN di kampung kalian semua. Ia memalukan. Tiada kaki lima yang sekata di Johor.


Rakyat di bawah terpaksa membahayakan diri dengan berjalan di tepi-tepi jalan yang tidak memiliki kaki lima. Usahlah pula pemimpin Johor mewajibkan rakyatnya berkereta dan bermotosikal pula. Mana MRT di Johor? Yang ada hanyalah Bugatti bukannya Chapati.

Jika di Kuala Lumpur kita ada 'Janji DiChapati'.
Di Johor Darul Takzim (Joke Darul Takzim) kita ada 'Janji DiBugatti'.

Segala janji telah di'Bugatti'kan. Habis hancur semua kaki lima tidak sekata. Bagaimana anak-anak sekolah yang selalu mendoakan Sultan di hari Jumaat itu hendak berjalan pulang ke sekolah dengan selamat? Bagaimana dengan makcik-makcik kaki pasar hendak berjalan di kaki lima yang berlubang, ditelan rumput dan pecah itu?

Lampu isyaratnya tidak terurus dan rosak. Apakah semua dana telah di'Bugatti'kan?

Kalau saya tidak ke Johor pada 3 September 2012, tentu saya tak kenal apa itu Jalan Petaling, Jalan Langkasuka, Jalan Garuda dan lain-lain jalan yang sangat teruk daripada keadaan jalan di Sentul, Kuala Lumpur.

Johor sepatutnya setanding dengan Singapura. Setiap hari akan ada sahaja hasil bumi dari Johor yang dipunggah keluar untuk dijual ke Singapura. Namun apa hasilnya?

Apakah rakyat Johor perlu menukar nama Johor kepada Joke? Joke itu bererti lawak, kelakar atau lucu.

Rakyat Johor perlu meminta benda-benda berikut pada pemilik Bugatti Veyron:-

  1. Pondok bas bernombor, berpeta dan berpondok telefon serta bersih
  2. Kaki lima tahap Singapura untuk budak-budak sekolah dan makcik-makcik kaki pasar.
  3. Perkhidmatan lori sampah dan tong sampah di seluruh Johor setiap hari.
  4. Google Street View untuk Johor.
  5. Jambatan untuk ganti tambak Johor.
Selagi 5 benda ini tidak diberikan. Usah kibar bendera BN.

p/s: Pemandu teksi banyak yang terdiri dari kalangan tentera. Baik Malaysia mahupun Singapura. Jadi berwaspada pada para 'Gestapo' sambilan ini.