Compain atau pun mengadu merupakan satu budaya di Singapura. Ramai orang cakap di Singapura tak ada kebebasan bersuara. Namun apa pun, mereka memiliki budaya mengadu sehingga orang Singapura digelar sebagai Complain King (Raja Aduan).
Katakan anda seorang pekerja di sebuah restoran, anda gagal memuaskan hati pelanggan tersebut. Ketahuilah bahawa hari anda takkan berakhir begitu sahaja. Dalam senyap-senyap, pelanggan itu akan mengadu pada bos anda.
Lagi contoh, katakan sebatang jalan berlubang. Akan ada orang buat aduan mengenai jalan tersebut.
Nak lagi contoh? Katakan anda seorang pemandu bas, anda tekan telefon bimbit, SMS semasa memandu, ketahuilah akan ada penumpang buat aduan mengenai tingkah-laku anda.
Kita lihat di Malaysia. Jika ada pelanggan di restoran tidak puas hati, ia akan jadi pergaduhan dan bukannya aduan. Masih ingat kes KFC iCity?
Di sini jelas Malaysia masih memiliki masalah komunikasi antara Cina dan Melayu. Kalau begitu bagaimana nak mengadu? Bahasa kena mahir dulu. Kalau salah pilih ayat, boleh jadi kasar bunyi ayatnya. Tak begitu?
Kita lihat jalanraya pula. Kalau ada jalan berlubang di Malaysia, memang ada orang akan bikin aduan. Tapi ramai yang suka main elak-elak lubang lagi. Kenapa begitu? Kerana kalau buat aduan pun, tak ada tindakan segera. Kerana nak bertindak pun memerlukan wang. Jadinya, duit si tukang buat jalan dah dijoli ke minah lendir. Akhirnya aduan berlendir.
Katakan anda pemandu bas di Malaysia. Anda tekan telefon bimbit, SMS ketika memandu. Anda rasa akan ada orang buat aduan?
Jika diteliti semula, dari aduan tadi, ia akan disusuli dengan tindakan. Selepas ada tindakan, maka wujudlah penyelesaian. Selepas penyelesaian, ia akan mengalami perubahan. Perubahan inilah yang rakyat mahukan.
Perubahan tidak kekal tahap kecemerlangannya, ia boleh jatuh mendadak, lebih-lebih lagi jika tiada aduan. Sebab itulah Singapura boleh maju walaupun tiada protes jalanan.
Mahathir pernah sebut nak ikut macam Singapura dalam hal mengharamkan protes di jalanraya. Tapi apakah sistem aduan kita mantap, apakah badan yang bertanggungjawab memiliki maruah dan integriti (ketelusan) dalam menguatkuasakan undang-undang?
Di Malaysia ramai yang kata KASTAM Johor boleh dirasuah untuk elak cukai. Tapi di Singapura tidak begitu. Hal ini bukan rahsia. Anda boleh cuba rasuah polis Singapura, tengok siapa masuk penjara. Polis atau perasuah. Hahahahaha!
Berkaitan: stomp.com.sg/









