Malaysia : Tong Taik UMNO: Sekolah Amerika 2

Tuesday, January 8, 2013

Sekolah Amerika 2


Aku tak tahu nak tulis apa, tapi aku rasa ramai yang dah tahu bahawa aku sekarang bekerja di sekolah Amerika di Singapura.

Aku bukan nak cerita mengenai rupa minah salleh dan kanak-kanak di situ. Memang kita kalah dari segi rupa dan ketinggian serta postur badan. Dari segi logik biasa-biasa, memang manusia akan menilai kecantikan luaran. Ini pertama kali saya lihat warga Amerika yang hadir dari golongan tenaga pengajar, mereka memang berbeza daripada pelancong tepi jalan. Lebih cantik dan lebih berbudi-bahasa.

Aku nak cerita bab sekolah Amerika ini dari segi penekanan antara akademik dan aktiviti luar kelas. Di sini murid-murid digalakkan bersukan dan berseni.Mereka nampaknya rajin bertanya dan tak ada rasa segan macam pelajar sekolah di Malaysia. Mungkin inilah impak sukan dan seni apabila ia disemat dalam jiwa kanak-kanak.

Aku tengah gilap lif, tiba-tiba masuk segerombolan budak-budak sekolah. Dari bau penggilap, tangga, siapa diri aku semuanya mereka tanya. Aku kagum melihat semangat ingin tahu mereka. Di Malaysia, kita digalakkan diam dan setuju. Kalau banyak tanya nanti kena gelak dan kena marah (kalau penulis blog/kartunis kena tangkap).

Hari ini saja aku puas hati dengan suasana pekerjaan di situ. Mungkin ini masanya untuk aku rehearsal American English sebelum aku ke Amerika (manalah tahu?). Aku memang pernah angan-angan nak ke sana masa sepupu aku habiskan 4-5 tahun di sana. Mereka dah cakap persis lenggok orang Amerika, aku masa itu ke Singapura pun belum. Mungkin ini hikmah aku berhenti kerja SBS. Walaupun gaji cleaner kecil. Tapi suasananya mahal bagi aku. Aku dapat belajar cara mereka berkomunikasi dan budaya mereka. Kalau tak kenal, maka tak boleh aku nak cerita. Tak ada modal nak cerita. Hahaha!

Aku tak cuci tandas, sebab tandas orang perempuan handle. Mungkin nak senang cerita sebab perempuan tak rogol orang. Aku cuci bilik kelas pada waktu pulang. Selalunya ada cikgu di mejanya. Aku pun ambil peluang borak. Aku terkejut apabila mereka (cikgu-cikgu Amerika) lebih memahami English aku daripada warga Singapura sendiri (kalau pendatang di Little India lagi bengong. Aku kena borak broken English baru jalan).

Cikgu Amerika juga sangat mesra dengan aku. Aku hairan kenapa budak minah Melayu atau awek Cina atau  budak sekuriti Cina Singapura tarik muka masam bila nampak aku. Seolah-olah mereka ternampak orang jahat. Tapi kalau cikgu Amerika dan cikgu Filipina serta cikgu India nampak aku, mereka akan borak dengan aku yang mana ia akan didahulukan dengan "Hi!", "Hello", "Hi! There," "Morning", "Whatsup?".

Masa cuti sekolah dahulu aku kerja dari 8 pagi - 6 petang. Tapi kali ini dari 10 pagi hingga 9 malam. Aku berbasikal dan dah dekat sebulan aku tak naik bas SBS/MRT.

12 comments:

joe penang

Bagus. Kongsikan apa2 info yang bermanfaat. Lama dah x update ye Anip.
Kalu try buat repair computer/handycam kat sana boleh ka? Berapa kos pos kalu ke Sgapore?

Anonymous

salam....anda mmg hebat.cayalah.aku pun x berani nak buat mcm lu

Kay Kastum

You walk the talk man! Been following your blog for quite some time. Good luck!

Reentry Yang Ensem Ari Tu Lah.

► Yer lah..semua orang suka ngan kau lah.Kau lah yang terhebat di alam maya ni.Semua orang kerja malas dan lembab lah.Kau lah yang paling High Skills di Planet Bumi dan alam raya ini.

► Jakun sangat kau jumpa Mat Salleh.Kat KL ni pun melambak.

► Yang lain-lain tu tarik muka ngan kau sebab diorang dapat detect kau ni ada sakit mental.Wayar ada short...

► Umur dah nak senja takkan asyik nak kerja cleaner lagi bro...kerja berenti,kerja berenti apa kes ni bro...

Sekian.

Izinkan saya mengundurkan Lori Tangki.

Hanief

Tanpa cleaner Singapore akan jadi kotor macam Malaysia.

Anonymous

Bro,

Nak tanya ko pakai widget apa kat sebelah kanan tu? Cantik la button tu.

Wordpress ada ke cam tu?

Miko

Anonymous

Krja kat tempat tu..waktu sembahyang ko macam mane Nip?

Hanief

Kau jangan risau, aku bukan kerja nak duit. Aku kerja nak hijrah (ke arah suasana yang lebih Islamik).

hangtuah

Bagus hanif teruskan usaha mu berhijrah. Pakcik ni org UMNO tapi selalu baca blog anak. Anak seorg yg berani mengambil risiko, moga ramai lagi anak muda macam hanif. Jangan nak hidup senang je. Selalu selalu la update ya.

██████████

TAIK.!!!

TAIK.!!

█████████

joecharles

Alamak dah nama TONGTAIK analisa pun macam taik jugak lah? Stop bantuan ke Semua Sekolah bukan Kerajaan berbillion ringgit dan Tong Taik akan dapat semua yang tong taik mau di Sekolah Bantuan Kerajaan tak percaya cubalah BILLION RINGGIT SETAHUN MAAA UNTUK ANAK Cina.......ana anak HINDU anak Kristian ada berani?.????

Post a Comment

Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.