Malaysia : Tong Taik UMNO: Pilih Jalan Hutang

Tuesday, April 9, 2013

Pilih Jalan Hutang



Hari ini saya berpeluang menyoal ringkas beberapa soalan pada seorang ejen hartanah. Ejen ini datang untuk mengutuskan pada rakan saya mengenai kenaikan sewa kedainya. Ejen inilah yang mewakili empunya premis (lot kedai).

Saya memberanikan diri untuk mencelah disebabkan rasa ingin tahu membuak-buak mengenai soal jual-beli dan sewa dalam sektor hartanah ini.

Daripada apa yang saya dapati, dunia kita hari ini dipenuhi dengan orang yang berhutang.

Saya tanyakan soalan yang berbunyi, "Jika saya ingin beli satu lot kedai di Singapura berapakah kosnya? Saya nak beli tunai. Boleh berikan secara purata, harga lot kedai begini?".

Ejen itu jawab, "Anda perlu ada S$2.4 juta. Mana ada orang beli tunai. Orang akan ambil pinjaman bank. Mustahil nak beli cara tunai".

Saya tanya lagi, "Kalau saya kerja di Eropah mungkin tak mustahil rasanya. Saya nak tahu apakah yang saya perlu bayar pada kerajaan Singapura. Apakah ada apa-apa bentuk cukai lepas saya beli satu lot kedai itu?"

Ejen itu kata, "Ada. Cukai sebanyak 30%.

Hanief: Tahunan kena bayarnya atau bagaimana?

Ejen: Tidak, hanya 30% untuk sekali saja. Lepas itu nak disewakan atau tak nak, terpulang. Bil air dan elektrik boleh serahkan pada si penyewa jika disewakan.

Hanief: Itu sahaja? Tak ada benda lain macam cukai bulanan?

Ejen: Tiada apa-apa lagi. Bebas nak jalankan perniagaan.

Hanief: Haha! Maknanya empunya premis ini sekarang tidak beli tunai? Dia berhutang dengan bank?

Ejen: ...

Hanief: Saya nampak sistem berhutang ini menguntungkan pihak bank.

Ejen: Tak. Bank memang beri pinjaman.

Hanief: Saya tahu. Bapa saya orang bank. Maksud saya, jika kita berhutang demi sebuah kedai, kadar sewaan boleh dimainkan oleh pihak bank melalui kadar bunga. Pemilik kedai, ejen hartanah, tukang sewa dan pelanggan kedai takkan menang macam bank menang. Disebabkan wang fiat ini sifatnya pro-inflasi, maka bank akan tetap menang.

Ejen: ...

Hanief: Berapakah jumlah orang yang beli bangunan atau pun lot kedai dengan pembelian cara tunai?

Ejen: Tak ramai. Sangat sikit.

Hanief: Boleh jumlahkan dalam peratusan?

Ejen: 2% sahaja.

Hanief: Hahahaha!

Ejen: ...

Hanief: Ini pendapat saya...

Ejen: Kamu tak boleh paksa orang terima pendapat kamu.

Hanief: Tak, saya nak kata satu saja. Kalau beginilah model ekonomi Singapura. Maka tak lama lagi semua akan merudum.

Ejen: Tidak. Tak betul. Singapura takkan gawat. Singapura sangat kukuh ekonominya. Ramai orang Cyprus sekarang lari masuk Singapura bawa keluar duit dan simpan di Singapura. Sebab Singapura sangat baik ekonominya. Singapura tempat orang kaya dan masyhur.

Hanief: Ya, saya setuju pelabur asing ramai masuk. Tapi kalau hutang merupakan jalan bagi majoriti penduduk, maka yang tewas paling awal ialah orang tempatan.

Ejen: Sebab itu kalau nak mulakan perniagaan, kamu kena ada modal untuk 6 bulan pertama untuk kamu bertahan. Kalau setakat 3-4 bulan, lebih baik lupakan saja.

Hanief: Saya tak nampak isu modal di sini. Saya nampak isu matawang. Matawang tinggi maka pemilik matawang itu mudah berbelanja. Nak buat apa pun mudah, termasuklah nak jadi pemodal atau peminta sedekah.

Ejen: ...

Ejen: Di Singapura, kita kena buat sesuatu. Kena ada kerja kalau nak teruskan hidup.

Hanief: Sudah tentu. Tapi tak seteruk di Amerika. Saya bersembang dengan budak Mumbai di MOM, Tanjong Pagar tempoh hari. Katanya dulu dia kerja di Amerika. Kerja McDonalds setiap minggu bawa pulang USD$400.00. Cuti diwajibkan ambil sebanyak 2 hari seminggu. Maknanya kerja lima hari. Tak macam di sinikan? Semuanya nak terkejar-kejar. Entah apa yang dikejar.

Ejen: Ya, kamu mesti tahu corak ekonomi sesebuah negara.

Hanief: Saya tahu Singapura digelar Switzerland Asia. Tempat orang simpan duit. Tapi, pada saya duit ni macam kupon. Kupon ada tarikh luput. Sekarang semua orang suka berkuponkan dolar Singapura. Soalnya sampai bila?

Ejen: Singapura akan tetap cemerlang ekonominya.

Hanief: Sebab duit asing mengalir masuk?

Hanief: Kenapa China dah tak main lagi USD? Kenapa mereka mula hasilkan matawang bersandarkan emas dan perak?

Ejen: ...

Hanief: Nampaknya kalau saya beli lot kedai secara tunai pun, saya akan dikotori dengan kegagalan pekedai yang lain. Mereka menanggung hutang dan sewa. Maka, mereka akan tutup atau pun gulung tikar. Kalau kedai itu sederet dengan kedai saya (yang saya beli tunai), maka lorong atau jalan sepanjang kedai saya itu akan diwarnai dengan kedai-kedai yang tutup. Suasana akan bertukar suram dan sunyi.

Hanief: Saya nampak, orang yang berkedai dengan cara hutang dan bayar sewa ini, tiada idea dengan corak ekonomi setempat, yang mana akhirnya mereka akan rugi duit pada pemilik lot kedai. Tapi dengan pencerahan puan tadi, nampaknya pemilik lot kedai terpaksa hulurkan duit sewa itu pula pada bank. Kerana lot kedai dibeli dengan cara ansuran (pinjaman bank).

Hanief: Nah! Kalau ekonomi suram, pelanggan berkurang, pekedai pun tak dapat peroleh keuntungan bagi pembayaran sewa. Apatah lagi kalau pemilik lot kedai nak naikkan kadar bayaran sewa? Apapun sebabnya, saya hanya ada satu jawapan untuk permasalahan yang meruncing ini. Jawapannya, hentikan konsep berhutang. Dunia ini harus dipenuhi dengan pembayar tunai dan dipenuhi dengan orang berharta yang sanggup membuka peluang pekerjaan untuk yang kurang berharta.

Hanief: Kita tak perlukan pemilik premis yang berhutang dengan bank untuk sewakan bangunan pada bos yang berhutang juga dengan bank untuk beri gaji pada para pekerja yang juga berhutang dengan bank. Ini model ekonomi yang gagal. Pada saya, hutang tak boleh dibayar dengan hutang. Ini satu bentuk sistem perhambaan moden. Bank sepatutnya bawa budaya jual-beli dengan tunai yang disandarkan dengan emas dan perak.

Ejen: ...

Hanief: Kita bukan anti-bank atau anti-kerajaan. Tapi kita perlu lihat dan fikir masadepan rakyat secara keseluruhan. Bukan setakat nak lepas beban diri sendiri saja.

Hanief: Kalau saya nak bawa kawan yang bermatawang Eropah masuk Singapura beli lot kedai di sini bolehkah? Ada apa-apa masalah?

Ejen: Tak ada masalah. Nah! Kad saya. Kalau nak berurusan nanti boleh hubungi saya.

Hanief: Saya dah banyak kali dengar dan perhatikan sendiri di mana, zaman sekarang ini ialah zaman orang merantau di negara bermatawang tinggi untuk bawa pulang sedikit wang tersebut untuk menjalankan perniagaan di negara yang kurang maju sedikit atau pun yang sedikit rendah matawangnya. OKlah, jumpa lagi. Sebelum itu, kamu warga Singapura?

Ejen: Ya. Kamu juga?

Hanief: Haha! Saya orang Malaysia. Tapi di sini hampir 85% orang Singapura fikir saya orang tempatan di sini.

Ejen: OK. Pergi dulu. Jumpa lagi.

Hanief: OK. Terima Kasih.


12 comments:

K.I.T.T

betul hanief yang ni aku setuju. Bende bende ni dicipta oleh yahudi laknatullah utk memegang ekonomi sesebuah negara. dia tak nak kau hidup miskin dia tak nak kau hidup kaya sangat.dia nak kau tengah tengah.....kalau ko kaya dan seorang yang muslim yang baik mereka akan cari jalan utk jatuhkan kau dengan apa jua sekalipun.tapi kalau ko seorang muslim miskin mereka akan cari jalan A-Z utk buat kau berhutang sampai ke anak cucu.........


ini yang dipanngil Sistem Ekonomi Kapitalis. mementingkan keuntungan yang maksimum.tak kira kau siapa.tak kira kau apa.Kalau kau kaji Sejarah Uthmaniah PINTU yang menyebabkan uthmaniah ni jatuh ialah:

"projek membina rel keretaapi dari A - Z" (aku lupa dari mana ke mana) projek ni hasil keje yahudi.mereka propose projek ni pada khalifah masa tu. disebabkan projek tu besar dan belanja banyak maka berhutanglah. maka wujudlah bon bon saham saham yang tak pernah ada sebelum ini. dan jumlah masa loan ni agak panjang. dan jumlah masa yang panjang ni digunakan puak yahudi ni utk menggugat ekonomi Uthmaniah dari dalam dan luar...CEtuskan perang. timbulkan pemberontakan. mewujudkan boneka Mustafa Kamal attaturk. dan lain lain.

teknik yang sama juga digunakan keatas Dinasi Qing (dinasti china terakhir) . Orang british / yahudi bawak masuk Candu dan dijual di negara china ketika itu.....bila dah negara china dah lemah maka diwujudkan perang candu I dan II.dalam perang ni Negara CHina kalah teruk pastu kena bayar pampasan pada British / Yahudi berkenaan......tak salah aku Dinasti china masa tu musnahkan banyak peti peti candu yang dibawak masuk.

Reentry7

Kami belia 1Malaysia menolak sekeras-kerasnya Parti Spender Labuh dan Tetek Labuh.

Katakan tidak kepada Spender Labuh..!!!!!PTuiiHH..!!

Terima KaseeYYY...!!!

Anonymous

hanief.. ble nk update lagi.. suka baca blog ko.

AnuarJingga

'kenduri kesyukuran bersama orang agama'

AnuarJingga

www.youtube.com/anuarjingga

abdul aziz

benar bro..aku beli kreta berharga 16K,d/p 10K loan kat dealer tanpa interest. hati tak sakit..tutup opis dan operasi dari rumah aja,tu dah jimat 3-5K sebulan.

Reentry7

Nanti la aku jawan AnuarJuburJingga.Aku tengah bz kerja ni.PtuiiHHHH...

AnuarJingga

najib bleh blah
www.youtube.com/anuarjingga

Anonymous

FUCK YOU!

Anonymous

NG

mr. x61s me

tahniah anep! aku pn nk keje luar klu bole cume dh terperdaya dgn rejim beeEnndd pnya gov offer, dh mula buat hutang bertimbun, mau lari pun susah..

Anonymous

Sheikh Imran Hossein

Post a Comment

Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.